LAWATAN KE ARKIB NEGARA


Satu lawatan ke Arkib Negara telah diadakan oleh Kelab Rukun Negara IPG KPM. Lawatan tersebut telah diadakan pada 20 April 2010 bersamaan hari Khamis. Lawatan ini melibatkan penyertaan 36 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring. Objektif lawatan ini bertujuan mendedahkan guru pelatih tentang cara-cara untuk mengakses maklumat di Arkib Negara. Antara aktiviti yang dilakukan selain daripada lawatan ialah mencari maklumat-maklumat dan sejarah IPG KPM untuk dijadikan sumber bagi penyediaan folio untuk Pertandingan Folio IPG KPM anjuran Kelab Rukun Negara. Aktiviti yang paling menarik ialah lawatan ke Bilik Perkhidmatan Pemeliharaan Dan Repografi. Berdasarkan lawatan kami ke bilik ini, kami dapat simpulkan bahawa bilik ini umpama ''hospital kertas dan buku''...


Ruang membuat kajian di dalam Arkib

Antara contoh suratkhabar lama yang masih dalam simpanan pihak Arkib




Di dalam bilik rujukan mikrofilem

Bilik Perkhidmatan Pemeliharaan Dan Reprografi @ Hospital Kertas Dan Buku

Antara mesin-mesin yang digunakan semasa proses menjilid buku

Antara bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk menjilid dan membuat kulit buku untuk pemeliharaan buku-buku lama

Proses melicinkan benang yang digunakan untuk menjilid buku

Alatan seperti cop untuk membuat corak timbul di permukaan kulit buku

Antara contoh hasil menggunakan alatan cop timbul

Antara alatan yang digunakan untuk menghasilkan tajuk buku yang mana tulisannya berwarna emas, perak atau hitam

Proses mengawet kertas atau dokumen lama

Antara hasil awet yang telah kering


Mesin salut mati @ mesin laminator yang digunakan untuk menyalut kertas atau dokumen lama menggunakan proses "sandwich antara 2 tisu texycryl


Antara contoh dokumen yang akan di"sandwich"kan

Proses salut mati dilakukan

Sesi pemberian cenderahati daripada pihak Arkib selepas lawatan selesai

Sesi pemberian cenderahati kepada pihak Arkib daripada Kelab Rukun Negara IPG KPM (disampaikan oleh Pn. Shakimah)

Sesi fotografi bersama semua peserta lawatan dan pensyarah pembimbing

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates My Showcase Design by BloggerThemes