MONTAJ PELANCARAN KELAB RUKUN NEGARA

0
Read more

Pengisian Program Dan Aktiviti Kelab

1


PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

1. LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
-Setiap perhimpunan mingguan/bulanan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

2. MEMPAMERKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
-Hadapan IPG KPM (pintu masuk)
-Sudut khas dalam kelas dan pejabat
-Mural/dinding bangunan
-Papan kenyataan

3. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN 'NEGARAKU' DAN NEGERI
-Setiap perhimpunan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

4. CERAMAH - Penerapan nilai sejagat dalam agama
-April
-Menjemput panel penceramah bertauliah
5. Sudut Kerohanian
-Mewujudkan bilik/sudut kerohanian dengan ayat-ayat suci/kata-kata pujangga
/madah/mutiara kata yang memberi pengajaran kepada pelajar

PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

1. LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
-Setiap perhimpunan mingguan/bulanan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

2. MEMPAMERKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
-Hadapan IPG KPM (pintu masuk)
-Sudut khas dalam kelas dan pejabat
-Mural/dinding bangunan
-Papan kenyataan

3. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN 'NEGARAKU' DAN NEGERI
-Setiap perhimpunan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

4. PERTANDINGAN FOLIO/BUKU SKRAP MENGENAI IPG KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU-Sempena Sambutan Jubli Intan
-Februari-April
-Mengadakan Pertandingan folio/buku skrap tentang institusi pendidikan
sebagai satu cara menunjukkan cinta kepada negara

5. LAWATAN
-Mac
-Lawatan ke Arkib Negara Malaysia

6. KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI
-Setiap perhimpunan
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Mengadakan majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bendera
Negeri
-Nyanyian lagu Jalur Gemilang dan patriotik

7. PENGKISAHAN SEJARAH NEGARA OLEH TOKOH-TOKOH
NEGARA/TEMPATAN/PELAJAR
-Ogos-September
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan perpaduan

8. PAMERAN (Sejarah Negara termasuk sejarah IPG KPM)
-Ogos-Oktober
-Mengadakan pameran
-Mengadakan lawatan ke pameran yang dianjurkan oleh agensi-agensi lain.

PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

1. LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
-Setiap perhimpunan mingguan/bulanan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

2. MEMPAMERKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
-Hadapan IPG KPM (pintu masuk)
-Sudut khas dalam kelas dan pejabat
-Mural/dinding bangunan
-Papan kenyataan

3. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN 'NEGARAKU' DAN NEGERI
-Setiap perhimpunan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

4. LAWATAN KENEGARAAN
-Jun
-Lawatan semasa Persidangan Parlimen/menyaksikan proses sistem
perundangan negara/negeri dilaksanakan.
-Mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang sistem perundangan negara

5. PERTANDINGAN
-Julai-September
-Mengadakan Pertandingan Menulis Esei/Cerpen/Puisi/Rencana

PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

1. LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
-Setiap perhimpunan mingguan/bulanan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

2. MEMPAMERKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
-Hadapan IPG KPM (pintu masuk)
-Sudut khas dalam kelas dan pejabat
-Mural/dinding bangunan
-Papan kenyataan

3. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN 'NEGARAKU' DAN NEGERI
-Setiap perhimpunan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

4. LAWATAN
-Julai
-Menganjurkan lawatan ke Mahkamah/Penjara/institusi pemulihan seperti Pusat
Serenti/Sekolah Pemulihan Akhlak Wanita

5. PERKHEMAHAN/MOTIVASI
-September
-Aktiviti luar/Ceramah motivasi
-Bekerjasama dengan agensi kerajaan/swasta

PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

1. LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA
-Setiap perhimpunan mingguan/bulanan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

2. MEMPAMERKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
-Hadapan IPG KPM (pintu masuk)
-Sudut khas dalam kelas dan pejabat
-Mural/dinding bangunan
-Papan kenyataan

3. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN 'NEGARAKU' DAN NEGERI
-Setiap perhimpunan
-Hari Kokurikulum
-Majlis rasmi
-Sambutan Bulan Kemerdekaan/Bulan Perpaduan
-Setiap perjumpaan kelab

4. KHIDMAT MASYARAKAT (sempena sambutan Jubli Intan dan bulan
kemerdekaan)
-Ogos
-Menganjurkan gotong-royong di Rumah Orang Tua/Anak Yatim/Kawasan
Rekreasi/Rumah Ibadat dan sebagainya
-Memberi sumbangan dalam kerja-kerja kebajikan anjuran bersama dengan
agensi kerajaan/swasta

5. SUKAN (sempena sambutan Jubli Intan)
-Oktober
-Menganjurkan Larian Perpaduan/Sukaneka/Permainan Tradisional dan
sebagainya

6. SEMINAR/FORUM/CERAMAH
-Menjemput penceramah/fasilitator dari agensi kerajaan/swasta untuk
membincangkan tajuk tentang kesopanan dan kesusilaan/adat resam pelbagai
kaum
Read more

Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara

0


1. Memperkukuhkan pengetahuan mengenai falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

2. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan warga pelajar.

3. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang kepentingan Rukun Negara kepada rakyat dan negara Malaysia.

4. Mendidik pelajar supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara.

5. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti.

6. Melahirkan warga pendidik yang dapat menyumbang ke arah mewujudkan negara bangsa.

7. Malaysia yang berpaksikan kepada Rukun Negara.

8. Merealisasikan gagasan 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di peringkat IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Read more

Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara

0


Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah hasil saranan mantan Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi semasa merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri). Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di semua institusi pendidikan di seluruh negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara bertarikh 16 November 2000 yang diedarkan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Berdasarkan surat pekeliling tersebut, Bahagian Pendidikan Guru berusaha merealisasikan penubuhan Kelab Rukun Negara di setiap Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Atas kesedaran untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka pihak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi merealisasikan hasrat tersebut. (Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

Adalah diharapkan penubuhan Kelab Rukun Negara di semua institusi pendidikan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi berupaya memberi pendedahan kepada seluruh warga institusi terutamanya golongan pelajar tentang prinsip-prinsip tersebut sebagai pegangan dan budaya hidup seharian.
Read more
 
Blogger Templates My Showcase Design by BloggerThemes