Pada 8 Mei 2010, berlangsungnya Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka di Dewan Sri Kandi IPG KPM. Ini merupakan majlis konvokesyen yang pertama dilangsungkan di dalam IPG KPM. Oleh itu, pelbagai pihak telah merebut kesempatan ini untuk membuka gerai jualan makanan, pakaian dan bunga pada 8 Mei 2010 tersebut. Kelab Rukun Negara (KRN) juga tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai jualan makanan seperti sosej, daging burger, bebola ketam, bebola udang, bebola sotong, jemput-jemput roti, sandwich, buah-buahan, minuman seperti air teh laici dan juga air limau. Berikut merupakan antara shot-shot ahli-ahli jawatankuasa KRN menjayakan gerai jualan KRN tersebut.
LAWATAN KE ARKIB NEGARA
0Satu lawatan ke Arkib Negara telah diadakan oleh Kelab Rukun Negara IPG KPM. Lawatan tersebut telah diadakan pada 20 April 2010 bersamaan hari Khamis. Lawatan ini melibatkan penyertaan 36 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring. Objektif lawatan ini bertujuan mendedahkan guru pelatih tentang cara-cara untuk mengakses maklumat di Arkib Negara. Antara aktiviti yang dilakukan selain daripada lawatan ialah mencari maklumat-maklumat dan sejarah IPG KPM untuk dijadikan sumber bagi penyediaan folio untuk Pertandingan Folio IPG KPM anjuran Kelab Rukun Negara. Aktiviti yang paling menarik ialah lawatan ke Bilik Perkhidmatan Pemeliharaan Dan Repografi. Berdasarkan lawatan kami ke bilik ini, kami dapat simpulkan bahawa bilik ini umpama ''hospital kertas dan buku''...
Di dalam bilik rujukan mikrofilem
Bilik Perkhidmatan Pemeliharaan Dan Reprografi @ Hospital Kertas Dan Buku
Antara bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk menjilid dan membuat kulit buku untuk pemeliharaan buku-buku lama
Antara alatan yang digunakan untuk menghasilkan tajuk buku yang mana tulisannya berwarna emas, perak atau hitam
Mesin salut mati @ mesin laminator yang digunakan untuk menyalut kertas atau dokumen lama menggunakan proses "sandwich antara 2 tisu texycryl
Proses salut mati dilakukan
Sesi pemberian cenderahati kepada pihak Arkib daripada Kelab Rukun Negara IPG KPM (disampaikan oleh Pn. Shakimah)
Subscribe to:
Posts (Atom)