Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara



Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah hasil saranan mantan Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi semasa merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri). Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di semua institusi pendidikan di seluruh negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara bertarikh 16 November 2000 yang diedarkan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Berdasarkan surat pekeliling tersebut, Bahagian Pendidikan Guru berusaha merealisasikan penubuhan Kelab Rukun Negara di setiap Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Atas kesedaran untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka pihak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi merealisasikan hasrat tersebut. (Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

Adalah diharapkan penubuhan Kelab Rukun Negara di semua institusi pendidikan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi berupaya memberi pendedahan kepada seluruh warga institusi terutamanya golongan pelajar tentang prinsip-prinsip tersebut sebagai pegangan dan budaya hidup seharian.

1 comments:

habibiyancy said...

titanium plate flat irons | Titanium Art - ClassicArts
T.O.T.T.S.A ceramic vs titanium flat iron is the titanium wire #1 craftable titanium cup wood sculpture on the T.O.T.S.A. by T.O.T.S.A. by T.T.T.S.A. by T.T.T.S.A. columbia titanium boots from titanium chords over 80 million high resolution

Post a Comment

 
Blogger Templates My Showcase Design by BloggerThemes